KUALA LUMPUR: Felo penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, melihat senario di Dewan Rakyat sebagai mencerminkan tahap kematangan politik di negara ini.
Sedikit sebanyak, jelas beliau, sikap tidak menyenangkan sesetengah Ahli Parlimen berakar daripada tahap minda pengundi itu sendiri.
"Secara umumnya, apa yang berlaku di Parlimen itu sedikit sbanyak adalah satu gambaran atau refleksi kepada bagaimana politik diamalkan di negara ini.
"Kita jangan lupa, Parlimen adalah tempat di mana mereka yang kita pilih sebagai wakil daripada rakyat, untuk duduk bersama, seharusnya membincangkan tentang perkara-perkara kepentingan negara.
"Itu jelas dalam konteks peranan Parlimen sebagai sebuah institusi dan peranan Ahli Parlimen. Itu amat jelas seharusnya," katanya.
Hamidin berkata demikian pada sesi Dialog Tiga Penjuru, membincangkan topik 'Pemulihan Negara: Jangan Gaduh-gaduh' yang bersiaran di Astro AWANI pada Khamis.
Pada masa sama, beliau berkata, ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen untuk memenangi hati rakyat di kawasannya dan dalam konteks itu, kadang-kadang bersikap tidak matang.
"Kita melihat budaya politik kita yang kadang-kadangnya, dia datang ke Parlimen, tapi sasarannya bukan Parlimen, tetapi kawasan Parlimen dia.
"Dia di Parlimen untuk mendapatkan balik modal yang ditanam. Keuntungannya adalah untuk kawasan Parlimennya, bukan apa yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat itu di Parlimen ketika ini.
"Ini yang saya maksudkan dalam konteks ketidakmatangan. Kerana, ada pengundi yang melihat, menyokong dan terpesona dengan tindakan Ahli Parlimennya yang terjerit-jerit, tidak berhujah tetapi menjerit.
"Itu yang mereka mahukan, dan ini yang mereka bawakan dalam konteks kawasan pengundian mereka. Tetapi dalam konteks peranan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, di Parlimen, ini yang kita persoalkan," katanya.
Dalam konteks inilah, kata Hamidin, kematangan ahli politik harus berlaku.
"Untuk mendapatkan kematangan ini, kita memerlukan kematangan di pihak para pengundi itu sendiri," tambahnya.
Beliau berharap, masyarakat bertindak matang dan boleh mengukur tingkah laku seseorang ahli politik, bukan sahaja ketika bersama pengundi, tetapi juga pemahaman mereka terhadap budaya setempat.
"Pada masa yang sama juga, bagaimana dia menghujahkan hujahnya dalam membawa kepentingan pengundi-pengundi di peringkat Parlimen. Ini yang kita mahukan," katanya.
Astro Awani
Fri Aug 06 2021
HAMIDIN: Untuk mendapatkan kematangan ini, kita memerlukan kematangan di pihak para pengundi itu sendiri. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
AWANI 7:45 [20/05/2024] – Seorang lelaki bawa parang | Surat ugutan, dua peluru | Syarikat berdaya tahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: Police investigating whether recent attacks are connected
Police are investigating several attacks targeting important national institutions to determine whether they were random acts or part of a coordinated plan, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Tonight: Five days’ mourning in Iran after President killed in helicopter crash
Iran has declared five days of public mourning for President Ebrahim Raisi after he and other officials died in a helicopter crash in a mountainous area in the north-west of the country.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
AWANI Ringkas: Ugut Teresa Kok, polis rakam keterangan dua saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.